Senarai Produk Kami

Saya Tidak Beri Anda “Buah”, Tetapi Saya Beri Anda “Benih”

Salam Sejahtera,

Buah-buahan Tempatan Pisang Nenas Epal Rambutan

Semoga semua pengikut dan pembaca blog ini berada dalam keadaan baik. Hari ini, saya akan bawakan tajuk •Saya Tidak Beri Anda “Buah”, Tetapi Saya Beri Anda “Benih”• Dimana saya akan kupas isi tersirat dan tersurat dari maksud dalam tajuk saya pada kali ini.

Para pembaca sekalian,

Ramai dikalangan anda telah menghantar email kepada saya untuk mendapatkan tajuk projek dan seterusnya meminta proposal atau kertas kerja sesuatu tajuk untuk diberikan kepada anda. Dan ada juga yang meminta untuk saya berikan design projek dalam bentuk soft copy dan ada juga yang minta litar skematik projek yang berkaitan dengan lengkap.

Tidak lupa juga, ada yang meminta untuk saya menyiapkan projek mereka dari A sampai Z. Dah la tajuk datang dari cadangan saya, suruh pula saya siapkan projek anda.

Persoalannya sekarang, jika saya berbuat demikian, adakah objektif subjek projek akhir tahun ini akan tercapai? Dimana salah satu objektif subjek ini adalah membina pemikiran yang kreatif dan inovatif.

Jika anda tidak memerahkan otak anda untuk menyiapkan projek anda, saya pasti satu hari nanti apabila anda berada dialam pekerjaan dan industri, anda tidak akan dapat bersaing dengan pekerja bawahan atau yang sama pangkat dalam sesuatu tugasan yang diberikan.

Walhal rakan sekerja anda ini semua tidak pernah memiliki Sijil Kemahiran, Diploma, Ijazah dan sebagainya. Mereka hanya mengharapkan pengalaman kerja mereka sahaja yang mana pengalaman itu sendiri menjadikan mereka seorang yang kreatif dan berdaya saing.

Pendek kata, mereka menggunakan otak mereka 100% untuk meneruskan hidup.

Konsep Blog Ini.

Untuk pengetahuan anda yang baru mengikuti blog ini atau pembaca lama, blog ini sebenarnya dibina untuk memberi inspirasi, buah fikiran, idea baru, cara mencari dan menghasilkan projek anda. Saya tidak membina blog ini untuk membantu anda siapkan projek anda, tetapi saya akan cuba membantu anda untuk menghasilkan projek anda melalui cara dan kreativiti anda, tetapi melalui pendekatan pengalaman yang saya ada.

Ya, pada permulaan pembinaan, memang saya ingin mengambil upah menyiapkan projek. Tetapi setelah difikirkan semula, saya pertimbangkan untuk hanya memberi idea sahaja. Selebihnya bergantung kepada anda.

Saya Tidak Beri Anda “Buah”, Tetapi Saya Beri Anda “Benih”

Benih Pokok

Jadi, maksud dari tajuk saya adalah, saya tidak akan berikan anda “Buah”, buah itu membawa maksud hasil akhir projek yang anda boleh gunakan terus tanpa perlu usaha untuk hasilkan.

Tetapi saya berikan anda “Benih”, benih membawa maksud idea yang saya berikan kepada anda untuk dijadikan projek dan inovasi anda melalui cara dan kreativiti anda. Anda perlu tanam benih itu sebelum anda dapat gunakan hasilnya.

Comments

Popular posts from this blog

Senarai Idea Projek Elektrik dan Elektronik

Salam Pengenalan Kepada Pengunjung Idea Projek Tahun Akhir

Final Year Project