Sunday, November 6, 2016

Informasi - Group Tertutup Di Facebook

Assalam,

Untuk pengetahuan anda, kami telah membuat satu group tertutup di Facebook. Group ini adalah bertujuan untuk semua orang berkongsi idea mereka dengan ahli yang lain.

Ini adalah disebabkan, dari pemerhatian kami, di Malaysia ramai "pemikir" dari "pembuat".

Perkara ini dapat dilihat dari perkembangan industri inovasi di negara ini. Tetapi, sebenarnya ramai "pembuat" didalam Malaysia ini. Cuma mereka tidak dapat bergerak untuk menghasilkan sesuatu kerana kekurangan idea dan suntikan dana.

Hal ini menyebabkan kami ingin mendapatkan seberapa banyak idea yang dapat dikongsi dengan semua orang yang terlibat secara langsung ataupun tidak dengan industri ini. Dan seterusnya dapat meyakinkan pelabur diluar sana untuk memberi suntikan dana dalam indusri ini.

Jom sertai kami di group tertutup Idea Projek Dan Inovasi Sharing :

https://www.facebook.com/groups/548623928652792/



Friday, August 19, 2016

Tips – Bagaimana Isu Semasa Dapat Memberi Idea Dalam Hasilkan Inovasi Anda?

Assalam dan salam sejahtera,

Seperti yang kita sedia maklum, kes kanak-kanak hilang sudah semakin menjadi-jadi pada ketika ini. Dan kebanyakan yang hilang adalah kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 12 tahun kebawah. Dimana pada ketika usia ini, kanak-kanak adalah dalam keadaan yang suka bermain, dan leka dengan alam sekeliling mereka. Hal ini menyebabkan banyak pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan.


Keberanian dikalangan penculik membuat kerja terkutuk ini dikawasan orang ramai juga menjadi masalah kepada kita semua. Kerana mereka sudah tidak takut dan gusar untuk menculik kanak-kanak dimana sahaja yang mereka mahu.

Baiklah, saya dengan baik hati ingin memberi anda beberapa buah fikiran.

Masalah utama dalam kehilangan kanak-kanak bawah umur ini adalah mereka tidak dapat memahami sesuatu situasi itu dengan cepat. Mereka hanya akan sedar bahawa mereka sudah diculik apabila mereka sudah dibawa jauh dari kawasan yang mereka kenal dan ditempatkan bersama kanak-kanak yang lain. Dan pada masa itu tiada apa yang dapat mereka lakukan waima dengan menjerit sekuat hati mereka. Hanya tangisan dan ketakutan sahaja yang dapat mereka rasakan.

Jadi, jika anda dipihak keluarga, anda pastinya akan berfikir bagaimana untuk mengesan anak yang hilang itu. Jika mereka diberi telefon pintar sekalipun oleh anda, pasti akan diambil dan dimusnahkan oleh orang yang menculik mereka.

Perkataan yang paling utama dalam artikel saya kali ini adalah “Mengesan” atau “Trace”. Kenapa saya tekankan perkataan ini? Sebab inilah kata kunci atau “Keyword” anda untuk mendapat idea projek tahun akhir anda.

Pendek kata, cipta special tool yang dapat mengesan kanak-kanak ini tanpa disedari oleh penculik kanak-kanak ini. 48 jam pertama adalah waktu yang penting untuk mengesan kanak-kanak ini. Kerana kemungkinan dalam masa 48 jam ini mereka masih berada dalam negara lagi.

Sejujurnya, saya pernah kongsikan idea ini didalam ebook saya  yang bertajuk Idea Projek dan Inovasi Siri 2. Idea tersebut berada dibahagian yang ke 17 dan 18 buku ini. Didalamnya ada saya perincikan sedikit idea bagaimana fungsi alat ini dapat membantu mencari kanak-kanak yang hilang.

Jika ingin boleh membeli ebook ini boleh terus ke Koleksi Idea Projek dan Inovasi Siri 2.

Tips sudah diberi, idea pun sudah didedahkan. Semoga anda faham maksud artikel ini, dan semoga berjaya.

Sekian

©SJ

Thursday, August 18, 2016

Projek Inovasi Semulajadi

Assalam dan salam sejahtera,

Ramai yang menghantar email kepada pihak Idea Projek dan Inovasi, dan bertanyakan bagaimana hendak hasilkan projek berasas alam semulajadi.

Jika difikirkan, kita boleh bayangkan apa sahaja tentang inovasi semulajadi ini didalam fikiran masing-masing. Tetapi, apabila perjalanan untuk hasilkan sesuatu projek itu sudah bermula, pelbagai masalah dan rintangan akan anda hadapi.

Daripada kajian saya menerusi internet, pertanyaan pada orang ramai dan tenaga pengajar. Rata-rata mereka semua memberi kesimpulan, projek inovasi semulajadi ini  adalah bagaimana kita dapat hasilkan sesuatu dari produk yang dikitar semula. Sebagai contoh bagaimana getah tayar lama boleh dijadikan pasu bunga.

Kebanyakan dari mereka banyak menekankan seperti contoh diatas, dimana semua idea itu sudah biasa kita nampak dalam kehidupan seharian kita.

Maka, disini saya tergerak hati untuk mengajak anda berfikir. Bagaimana kita dapat kaitkan hal ini dengan projek tahun akhir yang bakal atau sedang anda buat sekarang ini, dimana ia syarat untuk lulus dalam bidang yang anda pelajari.

Contoh:
  1. Projek Mekanikalbagaimana hendak kita dapat kaitkan dengan alam semulajadi dan kitar semula?
  2. Projek Elektrikadakah kita dapat hasilkan lampu dengan menggunakan botol plastik?
  3. Projek Hospitalitibagaimana kitar semula dan alam semulajadi dapat menjadikan servis anda dengan pelanggan bertambah baik?

Dengan Izin Allah, saya akan cuba hasilkan beberapa idea yang dapat dikaitkan antara alam semulajadi dengan projek-projek yang disebut diatas.

Sekian. 

©SJ
Related Posts with Thumbnails