Hot Stories

Salam Pengenalan Kepada Pengunjung Idea Projek Tahun Akhir

Nama saya En.Wan. Saya membuka blog ini adalah bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar semester akhir untuk mencari idea-idea untuk menyiapkan projek tahun akhir iaitu juga dikenali sebagai PSM di sesetengah tempat.

Bantuan diberikan secara online dan offline, samaada secara percuma ataupun berbayar. Bayaran dikenakan tidak setinggi mana, cukuplah sekadar dapat membantu saya meneruskan usaha membangunkan blog ini.

Pengenalan serba sedikit tentang diri saya. Saya bermula dalam membuat projek atau inovasi ini sejak di bangku sekolah lagi. Iaitu di tingkatan Empat. Dimana projek saya mendapat gred A, sekaligus mendapat tempat pertama dikalangan pelajar-pelajar yang membuat projek. Kemudian, saya melanjutkan pelajaran ke UTM. Saya mengambil kursus jangka masa pendek dalam bidang AutoCAD dan 3D. Selepas itu, saya menyambung pengajian dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Kawalan. Pada ketika ini, projek semester akhir saya berjaya mendapat tempat ketiga di dalam pertandingan projek peringkat jabatan.

Selepas tamat pengajian, saya bekerja sebagai Pendawai di Kuala Lumpur. Dan setahun kemudian saya menyambung pengajian saya ke peringkat lagi tinggi dalam bidang Kejuruteraan Elektrik Kuasa. Saya dan rakan mendapat tempat pertama pada peringkat jabatan. Ini melayakkan projek kami mendapat tempat pameran di Education Festival (EduFest) pada tahun 2007 di MITC, Melaka. Sektika kemudian, kami terpanggil untuk menyertai pertandingan di peringkat lebih tinggi, iaitu pertandingan Inovasi Harta Intelek Negara di Kuala Lumpur. Tetapi gagal mendapat tempat kerana persaingan yang tinggi.

Kini, saya berkerja sebagai Penolong Jurutera di Unit Penyenggaraan salah sebuah IPTA Jabatan Pendidikan Malaysia. Tugas saya banyak melibatkan projek penyenggaraan, yang mana membuatkan saya banyak berjumpa dan bercakap dengan orang ramai. Dengan tugasan begini menyebabkan saya dapat melihat pelbagai masalah yang dihadapi oleh kebanyakan manusia.

Saya juga pernah bertugas sebagai Pembantu Teknikal Projek Pelajar di salah sebuah Politeknik di Malaysia. Tugas saya memberi nasihat teknikal kepada pelajar dalam menyiapkan projek tahun akhir mereka. Juga kadangkala memberi buah fikiran dan idea kepada mereka.

Kepakaran saya adalah :
  • Autocad dan 3D
  • PLC
  • Wiring
  • Soldering
  • Etching
  • Drilling with CnC or without CnC
  • Idea Teknikal dan Teori projek
  • Presentation and Public Speaking
  • dan lain-lain.
Maka, para pelajar semua silalah ceduk ilmu yang saya ada. Ada yang diberikan secara percuma dan ada yang berbayar. Antaranya adalah perkhidmatan selepas jualan yang akan diberikan percuma secara online melalui medium YahooMesengger, Twitter, Facebook dan sebagainya. Semoga dengan kehadiran blog ini dapat membantu anda semua tidak kira pelajar ataupun masyarakat sekeliling.

Dari saya ,


Comments