Senarai Produk Kami

Tips : Mencari Idea Di Tempat Belajar..

Salam,

Banyak perkara yang perlu dihadapi oleh pelajar ketika memulakan dan menjalankan projek tahun akhir mereka..

Antara perkara yang paling mencabar pada permulaan projek ini adalah mencari idea, betul tak?

Idea, projek, tips, tahun akhir
Good Idea or Bad Idea

Mana tidaknya, jika anda tersalah memilih idea projek, ia akan menyebabkan projek anda tidak dapat dijayakan dengan sempurna. Kadang-kadang sampai tidak sempat untuk disiapkan ketika pada hari pembentangan..


Jadi kat sini saya nak berikan beberapa tips bagaimana nak dapatkan idea dengan mudah ditempat anda belajar.

Tapi tips ini memerlukan anda untuk menemuramah beberapa pihak yang tertentu. Antara tipsnya adalah seperti berikut :


  • Anda pergi berjumpa dengan pihak Selenggara Bangunan atau Bahagian Maintainance, dan bertanyakan apa masalah kerosakan, dan kemudian tanya apakah mereka ada idea untuk mengurangkan kerosakan itu. Jika mereka tidak ada idea, andalah yang kena fikirkan... Hehehe.

  • Bertegur sapa dengan makcik kantin atau kafe bukanlah perkara yang susah. Sambil berborak anda bertanyalah pada mereka, ada tak masalah yang berlaku disitu. Jika ada, tanyalah ada ke idea untuk menyelesaikannya. Jika tidak ada, maka itu adalah tugasan anda.

  • Dan ketika anda berada di kantin atau kafe tadi. Anda cubalah perhatikan sekeliling, ada ke perkara yang boleh di inovasikan. Sebagai contoh : Adalah releven lagi menggunakan kerusi kayu panjang untuk dijadikan tempat duduk di kantin atau kafe IPTA. Jika tidak releven lagi, apakah solusi atau penyelesaian anda?

  • Berjumpa dengan pihak sekuriti atau security untuk mendapatkan pandangan tentang pelajar dan perihal keselamatan dijalankan disitu. So, perlu ke untuk menambah baik sistem itu. Fikir-fikirkanlah....

  • Lihat di dom atau asrama atau kolej kediaman, selalu anda perasan tak pelajar tidak menutup kipas bilik ketika meninggalkan bilik ketika hendak pergi ke kelas. So, apakah solusi anda untuk menyelesaikan hal ini?

  • Bagaimana pula lampu koridor dan kaki lima di tempat kediaman pelajar yang jarang sekali di 'Off" kan apabila hari sudah siang. Bagaimana anda fikir?
Sebenarnya untuk mencari idea bukanlah sukar sangat seperti yang kita fikirkan atau lakukan. Jika kena pada cara dan starteginya, ada pasti akan dapat idea yang sangat-sangat terbaik.

Comments

Popular posts from this blog

Senarai Idea Projek Elektrik dan Elektronik

Salam Pengenalan Kepada Pengunjung Idea Projek Tahun Akhir

Final Year Project