Hot Stories

Anda Hero dalam bidang anda. Betul!

Salam,

Pernah dengar tak satu baris ayat yang berbunyi begini " Setiap Masalah Pasti Ada Jalan Penyelesaiannya"

Tahu kenapa saya highlight dan bold kan perkataan ini... Hari ini saya tak mahu tulis panjang lebar, saya hanya ringkaskan sahaja maksud saya. "straight to the point" sahaja. Mudah untuk anda paham dan renungkan dengan kembangkan lagi idea anda.

Masalah

Kesulitan yang dihadapi oleh manusia dan masyarakat sekeliling setiap hari dengan kita sedari atau tanpa kita sedari. Depan atau belakang kita. Nampak atau tidak nampak. Kecil atau besar.

Penyelesaian

Memudahkan atau menghilangkan terus masalah yang dihadapi oleh manusia lain iaitu digelar sebagai teknologi. Dan yang menjadi tulang belakang teknologi adalah anda yang sedang mengusahakan inovasi dan rekacipta.

Pasti

Membawa maksud orang yang menjadi hero dalam menyelesaikan masalah manusia sejagat samaada secara langsung ataupun tidak.

Itu sebab perkataan pasti ini digunakan, sebab setiap hari dan setiap masa pasti ada orang yang akan membantu orang lain dalam menyelesaikan masalah mereka.

Sebagai contoh paling mudah: Seorang pelajar yang lembab dalam pelajaran,cikgu akan serapkan dalam kelas pemulihan khas.
1. Pelajar lembab = Masalah
2. Kelas pemulihan = Penyelesaian awal
3. Cikgu = hero/heroin

Jadi, dalam bidang teknologi atau apa jua bidang anda. Jika anda sedang mencari idea untuk projek tahun akhir anda, jangan risau kerana dalam kepeningan anda mencari idea dan penyelesaian, sebenarnya "Anda Hero Dalam Bidang Anda". Serius betul..!

Kerana jika tidak ada orang macam anda, manusia tidak akan mencapai ketamadunan seperti sekarang.

Percayalah.

Yang benar,



Comments