Hot Stories

Idea projek bermusim

Assalam,

Selamat berpuasa kepada semua pengikut blog dan facebook page saya. Semoga amalan anda semua pada tahun ini diterima Allah Yang Maha Esa. Amin!

Lama dah saya tak menulis semenjak post saya yang terakhir dulu. Sebab kesibukan masa banyak tertumpu dengan kerja hakiki. Maafkan saya. Huhu.

Baiklah anda yang sedang berusaha mencari idea projek, tentu anda perasankan, setiap kali memerah kepala anda untuk mendapatkan idea. Idea itu mesti datang mengikut isu semasa atau mengikut musim perayaan atau trending semasa, betul tak?

Saya banyak menerima email, sms dan whatapps dalam waktu terdekat ini, iaitu sebelum dan semasa Ramadhan. Rata-rata semua bertanyakan tentang projek yang ada kaitan dengan Ramadhan dan Syawal.

Antara idea yang diutarakan mereka adalah:

1. Mesin bakar lemang auto
2. Mesin anyam ketupat auto
3. Mesin potong, basuh dan masak daging rendang.
4. Alat pengesan duit raya. (Detect budak yang ambil 2 kali duit raya). Ni pun ada hehe...

Banyak lagi sebenarnya, tak larat saya nak tulis. Kepada yang hantar kepada saya idea ini, seperti yang saya balas email anda, saya hanya berkongsi sahaja, tiada tujuan mengaibkan idea anda.

Jadi, sampai disini sahaja. Semoga anda semua sukses dalam apa jua yang anda ceburi dan buat.
 
#ideaprojekdaninovasi
#ideaprojektahunakhir
#kanakkanakkreatif
#DIYprojek
#MasaHadapanAnakanak
#SayaBenciKepadaPerosakKanakkanak
#BlogLeaderTalk

Comments