Hot Stories

Idea Dalam Cerita - Motorsikal Siri 1

Assalam,

Cerita ini hanyalah olahan idea penulis hanya untuk memperjelaskan lagi idea inovasi yang ingin diterbitkan.

Sekitar jam 6.30 hingga 8.00 pagi adalah waktu biasa yang dapat kita lihat setiap hari ramai orang bergegas untuk ke tempat kerja.

Ada yang berjalan kaki, gunakan perkhidmatan awam, motorsikal, kereta dan tidak lupa juga si kaya menaiki kereta mewah yang dipandu pemandu mereka.

Ok kali ini kita cerita berkenaan penunggang motorsikal. Dimana risiko kerosakan motor dan kemalangan adalah sangat tinggi.

Di Malaysia, untuk mencapai tahap keselamatan yang digariskan oleh kerajaan adalah dengan memakai topi keledar yang diikat kemas dan ketat. Dimana topi keledar ini mestilah melepasi tahap ujian yang digariskan oleh pihak Sirim.

Tetapi apabila berlaku kemalangan, penunggang tetap mengalami kecederaan teruk dikepala, tengkuk, tangan, dan keseluruhan badan. Pendek kata, keseluruhan badan penunggang itu sendiri.

Jika diberikan peluang, seharusnya ada penciptaan atau inovasi yang dapat mengurangkan atau hilangkan terus kecederaan yang dialami akibat kemalangan.

Mungkin dengan mencipta baju keselamatan yang bertindak menjadi beg udara yang dapat meliputi keseluruhan badan. 

Atau mencipta alat keselamatan yang dapat bertindak menjadi keras seperti besi apabila kemalangan. Ia dapat menjadi penghalang dilenyek dibawah tayar oleh kenderaan berat.

Semoga bermanfaat untuk anda. Cerita ini akan bersambung untuk siri seterusnya.

Sumber : Kepala Otak Pemilik Blog...

p/s :  sama seperti dikongsikan di fanpage kami www.facebook.com/IdeaProjekInovasi

Comments