- Get link
- X
- Other Apps
Hot Stories
Posted by
Angah Wan
on
- Get link
- X
- Other Apps
Assalam.
Sudah lama rasanya saya nak menulis tentang tajuk diatas. Tetapi masa mencemburui saya dan kadang-kadang semangat menulis hilang dimamah kehidupan seharian.
Baiklah, pada kali ini saya ingin menulis tentang medium atau media yang dapat memberi idea dan inspirasi ketika mencari idea projek tahun akhir anda.
1. Youtube
Seperti saya, anda juga pasti selalu melawati laman sesawang video ini. Betul kan? Tetapi rata-rata dari kita melawati laman ini hanyalah untuk mencari sesuatu yang bebentuk hiburan sahaja. Seperti, klip video lagu kegemaran, lawak, eksiden, resipi, parodi, lagu cover dan sebagainya.
Tidak ramai yang tahu, di youtube ini juga dapat mengubah ramai hidup manusia menjadi lebih baik. Sama seperti anda selaku pengamal dan pencipta inovasi.
Mudah sahaja, anda search diruang carian diatas youtube. Dan anda cari kata kunci seperti idea, innovation, 7 things you didn't know existed, diy projects, engineering projects dan sebagainya, mengikut idea dan kesesuaian idea anda.
Lihat, macam-macam perkara boleh digunakan dalam youtube ini. Selamat mencuba.
2. Channel TV Berbayar
Jika ada diantara anda mempunyai langganan berbayar seperti Astro. Dan mengambil pakej penuh atau pakej dokumentari seperti National Geogarphic, Discovery Channel, History Channel, Discovery Science dan lain-lain.
Saya cadangkan anda melawat channel di Astro yang bertajuk Discovery Science saluran 554 . Logo channel seperti dibawah.
Apa yang perlu anda buat adalah dengan menonton segmen rancangan yang disediakan seperti How It's Made, How Tech Works, The Gadget Show, dan Prototype This.
Dimana rancangan berkenan dapat memberi inspirasi dan idea ketika anda ingin bermula mencari idea projek tahun akhir anda.
Semoga perkongsian kali ini bermanfaat kepada anda. Selamat maju jaya.
Astro
Discovery Science
Final Year Project
How To Find Great Ideas
I Am Busy
Idea Projek dan Inovasi Siri 1
Idea Projek Tahun Akhir
Innovation
Inovasi
Media
Projek Tahun Akhir
Youtube
- Get link
- X
- Other Apps
Comments