- Get link
- X
- Other Apps
Hot Stories
Posted by
SyazwanJaudin
on
- Get link
- X
- Other Apps
Assalam dan salam sejahtera,
Sebelum bermula, saya mohon beribu kemaafan kepada semua follower, terutamanya yang mengikuti perkembangan blog ini di facebook fanpage dan facebook group Idea Projek Tahun Akhir. Kepada yang belum Like fanpage kami boleh terus pergi ke https://www.facebook.com/IdeaProjekInovasi/ dan jika mahu sertai kami berkongsi idea projek tahun akhir boleh join di group FB kami di https://www.facebook.com/groups/IdeaProjekSharing/
Pelbagai dugaan dan halangan yang terpaksa saya lalui untuk menulis dalam Idea Projek ini. Biasalah kehidupan dimasa kini penuh dengan pancaroba.
Baiklah, seperti yang saya janjikan pada ketika dulu. Pada hari ini saya akan merungkai idea yang saya ada dalam menyelesaikan masalah pemandu kenderaan yang tidak dapat mendengar dengan baik siren kenderaan kecemasan apabila melalui berhampiran mereka.
Ideanya senang sahaja. Kita hanya bypass sistem audio didalam kenderaan. Bila kenderaan kecemasan melalui berhampiran mereka, sistem audio akan automatik menjadi perlahan dan bunyi siren akan keluar dalam sistem audio kenderaan. Kekuatan bunyi siren dalam kenderaan hendaklah bersesuaian dengan nilai db telinga manusia. Supaya telinga tidak sakit dan perit mendengar siren.
Bagaimana sistem kesan bunyi siren
Saya ada berbincang dengan beberapa para ilmiah dan tenaga pengajar ditempat saya. Dan ada beberapa idea yang dapat dikeluarkan hasil perbincangan tersebut. Antaranya adalah :
- Menggunakan frekuensi yang sama diantara kenderaan kecemasan dengan kenderaan awam. Tetapi masalah yang timbul ialah terlalu banyak perlarasan yang perlu dilakukan untuk ia mengasingkan frekuensi diantara kenderaan kecemasan lain dan kenderaan awam yang lain.
- Menggunakan sistem smartphone. Iaitu mengguna pakai sistem WiFi, Gps, Internet, Aplikasi dan sebagainya. Maksudnya sistem ini ada built in android Os diantara kedua-dua kenderaan.
- Sistem menggunakan sound sensor yang diletakkan diluar kenderaan untuk mengesan siren. Ia hanya mengesan bunyi siren sahaja.
Baiklah sampai sini saja pada kali ini. Sehingga kita bertemu kembali di lain entri.. Tamat,
Ambulan
Ambulance
Bomba
Firefighter
Frekuensi
Idea Projek Tahun Akhir
Polis
Sensor
Sensor Bunyi
Siren
- Get link
- X
- Other Apps
Comments