Hot Stories

Tips : Anda sukar mencari idea jika anda seorang Pelajar?

Salam,

Berbalik pada post yang terdahulu yang bertajuk "Mencari Idea Di Tempat Belajar". Ada beberapa email telah saya terima yang menyatakan bahawa tips yang saya beri itu agak payah untuk mereka turuti, sebab kekangan masa waktu belajar yang mereka lalui.


Bagi saya, sememangnya sebagai seorang pelajar, masa kita terhad dan terikat dengan aktiviti dan jadual yang ditetapkan. Tapi sebenarnya banyak masa yang terluang begitu sahaja tanpa kita sedari.

Baiklah pastinya jika saya hanya menulis tanpa sebarang contoh akan membuatkan olahan saya menjadi tidak kukuh.

Contoh 1

Jika anda duduk menyewa dirumah sewa, pastinya anda mempunyai kenderaan untuk pergi ke kuliah betul tak? Tidak kiralah apa pun kenderaan anda, basikal, motor ataupun kereta. Waima, anda berjalan kaki sekalipun.

Pastinya anda ada masa untuk melihat sekeliling ketika perjalanan anda pergi ke kuliah. Nah! Disitu anda dapat mencari idea untuk menyelesaikan permasalahan masyarakat sekeliling. Betul tak? Fikir-fikirkanlah..

Contoh 2

Manakala jika anda duduk di dalam kolej kediaman ataupun asrama. Sama juga ketika anda berjalan atau menaiki kenderaan untuk pergi kuliah. Rajin-rajinlah melihat sekeliling anda.

Contoh 3

Menjadi pelajar pastinya anda ada masa untuk pulang ke kampung halaman ketika cuti. Tidak kiralah cuti panjang ataupun cuti dihujung minggu.

Anda boleh menggunakan waktu bercuti sebagai antara medium terbaik untuk anda mencari idea, tanpa merosakkan keseronokan dan keseluruhan cuti anda.

Disini saya ceritakan beberapa perkara yang boleh dilakukan:

  1. Ketika perjalanan balik sila perhatikan masalah yang berlaku dipersekitaran anda. Dan kemudian olahkan menjadikan idea yang baik untuk menyelesaikan masalah tersebut.
  2. Sebagai pelajar, pemikiran dan pemandangan anda terhad ditempat belajar anda sahaja. Jadi, jika anda pulang ke kampung, apakata anda bertanya serba sedikit dengan ahli keluarga anda tentang tempat kerja mereka. Mungkin mereka ada permasalahan yang mungkin dapat diselesikan dengan idea projek anda.
Jadi, sampai sini sahaja perkongsian saya. Percayalah, antara objektif adanya subjek Projek Tahun Akhir ini adalah untuk menyelesaikan permasalahan masyarakat diluar sana. Jika anda dapat menjadi pemerhati yang baik dengan permasalahan masyarakat sekeliling, pasti anda akan dapat hasilkan idea yang unik dan luarbiasa.

Comments